Virus adalah sebuah program yang mereplikasi, dalam erti kata lain, ia merebak dari fail ke fail pada sistem komputer anda dan dari PC ke PC. Di samping itu, ianya juga boleh diprogramkan untuk memadamkan atau merosakan kesemua data dalam simpanan komputer anda.
Cecacing (worm) secara amnya dianggap sebagai subset virus, tetapi mempunyai beberapa perbezaan utama. Cecacing (worm) adalah program komputer yang mereplikasi, tetapi tidak menjangkiti fail-fail yang lain. Ia akan masuk dalam komputer anda secara automatik sekali dan kemudian mencari cara untuk merebak ke komputer lain.
Dalam kes virus, semakin lama ianya tidak dikesan, semakin banyak fail-fail anda yang akan dijangkiti dalam komputer anda (sangat merbahaya). Berbeza dalam kes cecacing (worm), kod cecacing hanya bertidak sendirian. Dalam erti kata lain, cecacing berada pada file berasingan (pada fail-fail tertentu sahaja) manakala virus adalah satu set kod yang boleh menambah bilangannya seterusnya menjangkiti fail-fail yang sedia ada.
Tuesday, January 17, 2012
Perbezaan di antara virus dan worm
Posted by ScriBe on 10:50 PM
0 comments:
Post a Comment