Monday, July 18, 2011

Buat Komputer Tablet Seperti IPad by Apple

Perna ke korang berangan nak buat komputer tablet ala-ala Ipad keluaran Apple? Mesti korang xterfikir, sebab Ipad baru je dibuat.. Ermm.. Agaknya kalau buat sendiri boleh ke saingi Ipad?

Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat kat beijing, china ni, dia da cipta komputer tablet tersendiri. Dengar cerita, kos tuk hasilkan komputer tablet ala-ala Ipad by Apple sekitar RM993 je ( 2000 yuan ). Kos ni lebih murah berbanding ipad sebenar iaitu sekitar RM1,721 ( 3,688 yuan ) sehingga RM2,467 ( 5,288 yuan ). Cmne? Murah kan?

Walaupun kos penghasilannya murah, tetapi pencipta komputer tablet ala-ala Ipad ni hanya menciptanya secara suka-suka. Dia tidak bercadang untuk memperbanyakkannya untuk dijual. Memang rugi sangat..

Pencipta komputer tablet ala-ala Ipad ni baru berusia 21 tahun. Dia membuat komputer ni hanya untuk keseronokkan. Bagaimana dia ni boleh terfikir buat komputer ni? Sebabnya dia bekerja di kedai komputer. Oleh sebab itu, dia boleh terfikir nak buat Komputer tablet sendiri. Bijak.Memang Bijak....

Dibawah ni merupakan rakaman video semasa dia tengak fokus menyiapkan Komputer tabletnya yang ala-ala Ipad. Hebat.. Wajib Tonton.. Kalau da tonton, tentu korang akan termotivasi and maybe korang boleh juga hasilakan komputer tablet sendiri...


video
Semesa Proses Pematrian


video
Setalah Siap Dan Proses Percubaan



Friday, July 8, 2011

Hebatnya Musang Melompat


Tahukah anda perkara yang hebat mengenai musang yang sedang melompat ini? Apa yang hebat tentang musang ni? Kenapa gambar diatas dikatakan hebat?

Fuhh, mesti anda tertanya-tanya mengenai gambar musang dan anjing dalam gambar diatas.

Sebelum tu, nak tanya sikit. Kalau anda diberi tugasan untuk membuat satu ayat yang ringkas mengandungi keseluruhan huruf dari A hingga Z, adakah anda rasa anda mampu buat?

Kalau difikir-fikir memang agak mencabar jugakan...

Sebenarnya, gambar diatas dapat mambantu kita membina satu susunan ayat atau satu set abjad yang cukup ringkas menggunakan kesemua huruf dari A hingga Z.

Kalau macam tu, mari kita terbitkan satu susunan ayat berdasarkan gambar musang dan anjing diatas tu. Bunyinya macam ni...

" The quick brown fox jumps over the lazy Dog"

 Sekarang tugas anda pula untuk meneliti adakah benar susunan ayat diatas mengandungi kesemua huruf dari A hingga Z.

Semoga berjaya.....

Cara delete searchqu websearch

  Remove Searchqu.com web search

Adakah anda mengalami kesukaran melayari internet disebabkan oleh web search / browser searchqu? Kenapa searchqu dianggap web search yang mengganggu pengguna internet?

Jawapannya mudah sahaja, kerana web search searchqu tidak mesra pengguna. Terlalu banyak carian pengguna internet yang tidak dapat dicari oleh web search searchqu. Web search searchqu juga sangat menggangu pengguna internet kerana walaupun homepage pada option browser ditukar berulang kali kepada url seperti google.com, yahoo.com, msn.com, bing.com dan sebagainya, apabila browser direstart semula homepage bagi browser tersebut akan kembali ke url searchqu.com. Apabila berlaku situasi seperti ini, anda akan rasa ianya seperti spyware yang sedang bermaharaja lela didalam komputer anda. Memang sangat mengecewakan.

Sebenarnya banyak cara untuk delete web search searchqu, cuma saya lebih selesa menggunakan cara penyelesaian yang mudah untuk membuang atau delete web search searchqu seperti :

Menggunakan perisian "Trend Micro HijackThis" untuk delete searchqu ataupun...

Secara manual iaitu tanpa perlu mendownload sebarang perisian yang boleh memberi kesan sampingan pada komputer anda. Langkahnya mudah sahaja...

Pergi ke My Computer, buka local disk c > program files > Windows Searchqu Toolbar > Uninstall. Kemudian pergi ke progam files semula, buka Windows_SaveVid_Toolbar > Uninstall.

Semoga anda dapat melayari internet dengan mudah dan lebih cepat tanpa ada gangguan dari web search searchqu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger