Tuesday, January 17, 2012

Apakah Adware Dan Fungsinya

Adware merupakan istilah umum yang digunakan oleh program-program yang melancarkan iklan sama ada pop-up banner atau hasil carian semula terus ke laman web promosi. Adware selalunya dibina di dalam program freeware atau shareware. Jika anda memuat turun program percuma, adware mungkin telah dipasang pada sistem anda selepas anda menggunakan perisian tersebut tanpa pengetahuan atau persetujuan anda. Kadang-kadang Trojan secara rahsia akan memuat turun program adware dari laman web dan memasang (install) pada komputer anda.

Pelayar web yang tidak up-to-date selalunya mengandungi kelemahan. Pelayar seperti ini terdedah kepada alat penggodam alat @ hackers tools (sering dirujuk sebagai perampas Browser) yang boleh memuat turun adware ke komputer anda. Perampas Pelayar boleh mengubah tetapan pelayar, redirect URL yang salah atau tidak lengkap ke laman tertentu, atau menukar laman utama. Mereka juga boleh mengarahkan semua carian ke pay-to-view web sites seperti laman pornografi.

Biasanya, program adware tidak menunjukkan diri mereka pada sistem komputer dalam apa-apa cara sekalipun. Ianya tidak akan disenaraikan di bawah Start Program, tiada ikon dalam tray sistem dan tiada apa-apa dalam senarai tugas (task list). Adware jarang datang dengan prosedur pemasangan program (installation) dan jika anda cuba menghapuskannya secara manual, anda boleh menyebabkan program asal anda rosak (malfunction).

1 comments:

Anonymous said...

Emperor Casino - Shootercasino.com
Emperor Casino is 제왕카지노 an online casino powered by Microgaming, an online 메리트 카지노 주소 gambling and gambling platform provider. There are various games available,  Rating: 바카라사이트 4.6 · ‎7 votes

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger