Trojan merujuk kepada kuda kayu yang digunakan oleh orang Yunani (Greeks) untuk menyelinap ke dalam kota Troy seterusnya menaklukinya. Dalam erti kata yang lain, trojan di sebarkan melalui perisian yang sah, tetapi apabila kita menggunakannya (install), ianya mula bertindak dan cuba melakukan sesuatu yang berbahaya kepada sistem komputer anda. Trojan tidak akan tersebar dengan sendirinya, oleh itu, ianya berbeza dengan virus dan cecacing (worm).
Trojan biasanya dipasang secara rahsia dan disampaikan kepada pengguna melalui perisian yang dianggap sah (mengelirukan pengguna) untuk melakukan sesuatu yang negatif tanpa disedari. Kebanyakan crimeware hari ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis Trojan. Ke semua trojan dibuat khas untuk menjalankan fungsi tertentu yang berniat jahat.
Antara jenis trojan yang biasa dijumpai ialah Trojan Backdoor, Trojan Spies, Password Stealing Trojan (mencuri password) dan Proxy Trojan seterusnya mengubah komputer anda menjadi sebuah mesin pengagihan spam tanpa anda sedari.
Tuesday, January 17, 2012
Apakah Trojan dan Asal Usulnya
Posted by ScriBe on 10:55 PM
0 comments:
Post a Comment