Mesti anda tertanya-tanya. Apa sebenarnya Fibox ni?. Fibox ni sebenarnya adalah perisian yang membolehkan kita berchat dengan rakan-rakan di dalam sesuatu blog. Yang menariknya, Perisian ni adalah percuma.
Sebelum ni kita biasa guna shoutmix untuk bersembang. Tapi disebabkan shoutmix sekarang menjadi perisian chat yang berbayar, ramai para blogger mencari perisian chat alternatif lain yang free seperti Fibox.
Boleh dikatakan, perisian chat ni sangat berguna untuk berinteraksi dengan rakan-rakan online. Tidak di nafikan juga, perisian chat seperti Fibox juga menjadi penyebab peningkatan jumlah trafik tak terjangka dalam sesebuah blog. Begitu la hebatnya perisian ni.
So, rakan-rakan yang ada blog tu, boleh la pasang perisian fibox ni dalam blog anda. Rugi kalau xda. Sekejap jer rangking blog anda naik...Memang berbaloi-baloi.
Berikut step by step cara daftar dan pasang perisian chat Fibox di blog anda :
1 : Masuk ke laman web Fibox (http://www.fibox.ws/). Seterusnya tekan butang "Sign Up".
2 : Masukan email dan password. Pastikan tick pada kotak makluman mengenai 'term of servis".
3 : Kemudian muncul paparan mengatakan pengaktifan fibox berjaya. Periksa email anda.
4 : Buka email dari Fibox dan "Klik" link biru yang diberi untuk mengaktifkan perisian Fibox ni.
5 : Kemudian, keluar paparan yang mengesahkan bahawa akaun anda telah berjaya didaftarkan.
6 : "Login" masuk ke akaun anda, kemudian anda diminta untuk membuat nama khas shoutbox anda.
7 : Kemudian anda akan masuk ke ruangan "dashboard". Di sini anda boleh la mengubah setting Fibox chat mengikut cita rasa anda.
8 : Setelah selesai setting, copy semua kod yang diberi. Seterusnya masukkan kod ini di ruangan "widget" blog anda pada "HTML/javascript".
9 : Save blog anda. Kini blog da ada perisian chat dari Fibox . Tengok, sekejap jer da ada ramai pengunjung (^.^).
Wednesday, January 18, 2012
Fibox Shoutbox Terbaik Pengganti Shoutmix - Free
Posted by ScriBe on 4:21 AM
1 comments:
Thank u
Post a Comment