Tuesday, January 17, 2012

Analisis Jenayah Siber Oktober 2011

SPAM

Jumlah Spam global di traffik email adalah sebanyak 77.8%, peningkatan 4.9% berbanding Jun 2011.

Di Hong Kong, 76.8% daripada email telah disekat sebagai SPAM manakala di Singapura sebanyak 75.7% email disekat. Berbanding Jepun mencatat 74.7% email yang telah disekat disebabkan oleh Spam.

PHISHING

Aktiviti Email Phishing meningkat sebanyak 0.01% sejak Jun 2011, salah satu daripada 319.3 email (0.313%) terdiri daripada beberapa bentuk serangan phishing.

Di Australia, aktiviti phishing dilihat dalam satu daripada 850.8 email manakala di Hong kong adalah satu daripada 2503 email. Sementara di Jepun sebanyak satu dalam 13.167 dan di Singapura pula satu daripada 872.9 email mengandungi email phishing.

EMAIL ANCAMAN


Nisbah email global yang dibawa oleh virus ke traffik email adalah satu daripada 280.9 email.

Ancaman Malware berasaskan Web pula purata 6 797 laman web melindungi Malware setiap hari. Program lain termasuk Spyware dan Adware meningkat 25.5%.

Malware yang paling kerap disekat pada September 2011 ialah jenis W23.Ramnit html. Ini adalah pengesanan generik bagi fail HTML yang dijangkiti W32.Ramnit. Worm yang merebak melalui pemacu boleh tanggal dan menjangkiti fail lain. Worm ini merebak kemudian menambahkan bilangan dirinya kepada fail dengan sambungan HTM, DLL, EXE. Worm Ramnit menyumbang 17.3% daripada semua perisian yang mempunyai niat jahat telah disekat pada bulan Julai 2011.

Di Australia, salah satu daripada 654.8 email adalah berniat jahat, satu daripada 748.7 di Hong Kong selain Jepun satu daripada 2093. Singapura pula merekodkan satu daripada 761.8 email.

TREND SPAM 2011

Pada Julai 2011, sektor industri Automotif kekal sebagai sektor industri yang paling banyak mempunyai SPAM dengan kadar 80.7%.

Sektor pendidikan pula mencatat 80.3%, 77.9% untuk sektor Kimia dan Farmasi, 77.8% untuk peruncit, 77.0% untuk sektor awam dan 77.0% lagi bagi sektor kewangan.

Sektor Awam kekal disasarkan oleh aktiviti Phishing pada bulan Julai 2011 dengan satu dalam 73.2 email terdiri daripada serangan Phishing.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger