Tuesday, January 17, 2012

Cara melindungi komputer dari ancaman penjenayah siber

Terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil bagi melindungi komputer anda daripada ancaman jenayah siber. Berikut adalah merupakan garis panduan yang mudah bagi membantu anda meminimakan risiko serangan siber terhadap komputer anda.

  • Melindungi komputer anda dengan memasang perisian keselamatan(antivirus).
  • Jika anda menerima e-mel yang dilampirkan bersama fail seperti dokumen Word, Excel spreadsheet, fail exe, dan sebagainya. anda seharusnya tidak membuka fail tersebut melainkan anda tahu siapa yang menghantarnya. Jangan membuka sebarang lampiran yang dihantar dalam e-mel yang tidak diminta (spam) ataupun tidak membuka/mengklik sebarang pautan dari email yang diragui kandungannya.
  • Sentiasa kemas kini perisian keselamatan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali ataupun sebaiknya sekali setiap hari.Tindakan ini adalah penting dilakukan kerana kewujudan virus-virus baru.
  • Pastikan aplikasi komputer anda sentiasa dikemaskini.
  • Hanya gunakan akaun Pentadbir komputer anda jika anda perlu memasang perisian atau membuat perubahan sistem. Untuk kegunaan sehari-hari, buat akaun yang berasingan yang mempunyai hak akses yang terhad (ini boleh dilakukan melalui 'Akaun Pengguna' dalam 'Control Panel'). Dengan cara ini, anda menghadkan akses program-program yang berniat jahat untuk mendapatkan data berharga dalam sistem komputer anda seperti rootkit.
  • Kerap buat salinan data sama ada menggunakan CD, DVD, atau pemacu storan USB. Hal ini perlu dilakukan terutamanya terhadap fail-fail penting anda untuk menjamin data anda selamat jika sesuatu yang buruk berlaku seperti fail menjadi rosak (damage) disebabkan oleh program-program berniat jahat (malicious program).Jika hal ini terjadi, maka anda boleh la memasukan data anda semula (backup file) kedalam komputer anda semula.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger