Wednesday, September 21, 2011

Semakan Penempatan GSST 2011 - Guru Sandaran Siswazah Terlatih

Kini dibuka.. Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi lulusan Sarjana Muda Pendidikan Program Pelajar Cemerlang 2011.

Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah boleh diketahui melalui aplikasi berikut.

Monday, July 18, 2011

Buat Komputer Tablet Seperti IPad by Apple

Perna ke korang berangan nak buat komputer tablet ala-ala Ipad keluaran Apple? Mesti korang xterfikir, sebab Ipad baru je dibuat.. Ermm.. Agaknya kalau buat sendiri boleh ke saingi Ipad?

Nak dijadikan cerita, ada seorang mamat kat beijing, china ni, dia da cipta komputer tablet tersendiri. Dengar cerita, kos tuk hasilkan komputer tablet ala-ala Ipad by Apple sekitar RM993 je ( 2000 yuan ). Kos ni lebih murah berbanding ipad sebenar iaitu sekitar RM1,721 ( 3,688 yuan ) sehingga RM2,467 ( 5,288 yuan ). Cmne? Murah kan?

Walaupun kos penghasilannya murah, tetapi pencipta komputer tablet ala-ala Ipad ni hanya menciptanya secara suka-suka. Dia tidak bercadang untuk memperbanyakkannya untuk dijual. Memang rugi sangat..

Pencipta komputer tablet ala-ala Ipad ni baru berusia 21 tahun. Dia membuat komputer ni hanya untuk keseronokkan. Bagaimana dia ni boleh terfikir buat komputer ni? Sebabnya dia bekerja di kedai komputer. Oleh sebab itu, dia boleh terfikir nak buat Komputer tablet sendiri. Bijak.Memang Bijak....

Dibawah ni merupakan rakaman video semasa dia tengak fokus menyiapkan Komputer tabletnya yang ala-ala Ipad. Hebat.. Wajib Tonton.. Kalau da tonton, tentu korang akan termotivasi and maybe korang boleh juga hasilakan komputer tablet sendiri...



Semesa Proses Pematrian


Setalah Siap Dan Proses Percubaan



Friday, July 8, 2011

Hebatnya Musang Melompat


Tahukah anda perkara yang hebat mengenai musang yang sedang melompat ini? Apa yang hebat tentang musang ni? Kenapa gambar diatas dikatakan hebat?

Fuhh, mesti anda tertanya-tanya mengenai gambar musang dan anjing dalam gambar diatas.

Sebelum tu, nak tanya sikit. Kalau anda diberi tugasan untuk membuat satu ayat yang ringkas mengandungi keseluruhan huruf dari A hingga Z, adakah anda rasa anda mampu buat?

Kalau difikir-fikir memang agak mencabar jugakan...

Sebenarnya, gambar diatas dapat mambantu kita membina satu susunan ayat atau satu set abjad yang cukup ringkas menggunakan kesemua huruf dari A hingga Z.

Kalau macam tu, mari kita terbitkan satu susunan ayat berdasarkan gambar musang dan anjing diatas tu. Bunyinya macam ni...

" The quick brown fox jumps over the lazy Dog"

 Sekarang tugas anda pula untuk meneliti adakah benar susunan ayat diatas mengandungi kesemua huruf dari A hingga Z.

Semoga berjaya.....

Cara delete searchqu websearch

  Remove Searchqu.com web search

Adakah anda mengalami kesukaran melayari internet disebabkan oleh web search / browser searchqu? Kenapa searchqu dianggap web search yang mengganggu pengguna internet?

Jawapannya mudah sahaja, kerana web search searchqu tidak mesra pengguna. Terlalu banyak carian pengguna internet yang tidak dapat dicari oleh web search searchqu. Web search searchqu juga sangat menggangu pengguna internet kerana walaupun homepage pada option browser ditukar berulang kali kepada url seperti google.com, yahoo.com, msn.com, bing.com dan sebagainya, apabila browser direstart semula homepage bagi browser tersebut akan kembali ke url searchqu.com. Apabila berlaku situasi seperti ini, anda akan rasa ianya seperti spyware yang sedang bermaharaja lela didalam komputer anda. Memang sangat mengecewakan.

Sebenarnya banyak cara untuk delete web search searchqu, cuma saya lebih selesa menggunakan cara penyelesaian yang mudah untuk membuang atau delete web search searchqu seperti :

Menggunakan perisian "Trend Micro HijackThis" untuk delete searchqu ataupun...

Secara manual iaitu tanpa perlu mendownload sebarang perisian yang boleh memberi kesan sampingan pada komputer anda. Langkahnya mudah sahaja...

Pergi ke My Computer, buka local disk c > program files > Windows Searchqu Toolbar > Uninstall. Kemudian pergi ke progam files semula, buka Windows_SaveVid_Toolbar > Uninstall.

Semoga anda dapat melayari internet dengan mudah dan lebih cepat tanpa ada gangguan dari web search searchqu.

Tuesday, June 21, 2011

Proton Persona Elegance Mempersonakan




Pertama kali melihat Proton Persona, memang tidak terbayang langsung hendak memilikinya.... Tetapi bila tengok Proton Persona baru yang tampil bercirikan Elegance (PE) membuatkan diri tidak sabar untuk memilikinya..

Pejam celik pejam celik, akhirnya saya buat keputusan untuk membeli kereta Proton Persona Elegance ini. Sebelum menempah saya terlebih dahulu menservay kereta model ni di bandar.. Putar punya putar akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Proton Persona Elegance warna Tranquilty Black. Nampak cantik dan bergaya.

Memang best sangat memandu kereta Proton Persona Elegance ini. Rasa cepat jer kereta ni memecut dan yang paling best senyap jer. Bila da senyap memang xperasan kereta da memecut laju (kena la control). Fuhh.. memang berbaloi bila memilikinya.

Bila da ada kereta ni, mula la rasa nak tambah aksesori dan buat sedikit modifikasi. Tahu ker apa aksesori dan modifikasi yang biasa ditambah pada kereta proton persona elegance ini? Nak tahu? dibawah merupakan contoh aksesori dan modifikasi tambahan yang kerap dilakukan.

Dashboard Cover

Tinted Kereta

Strut Bar
Reduce body roll up to 40%, Improve your car handaling and stability, Reduce chasis flex and noise, Improve bracking performance and Improve safety and comfort.

Electroluminescent (EL Wire Light)
Street Glow (Lebih cantik dari LED)

Projector Starline Head Lamp
Eagle Eyes Untuk Persona
Max Fuel Controller
Alat penjimatan minyak dan stabilizer. Memang beri kesan positif.

Sport Rim

Spoiler

Proton Persona Elegance Bodykit

Exss Work Exhaust System
Guna extractor 4-1, 2 muffler tengah, 1 muffler belakang dan tail pipe. Kereta jadi lebih power, jimat minyak dan boleh pi 200km/j keatas jika berani..hehehe..Nak tahu lebih lanjut tanya la kat exss work.

Ni pula salah sebuah kereta Proton Persona Elegance yang join AutoShow.Menawan...

Atau anda boleh juga buat perubahan pada kereta anda mengikut daya imaginasi anda seperti gambar dibawah. Bumper kereta ni di inspirasikan daripada bumper kereta VW scirocco manakala lampunya daripada audi r8.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibuat dengan kereta Proton Persona Elegance ni sama ada untuk mencantikkan, menjimatkan penggunaan minyak ataupun menambahkan prestasi engine. Apa-apa pun, pastikan jangan bawa kereta secara merbahaya. Ingat orang yang tersayang k..



Sunday, May 29, 2011

Kelayakan menyambung pengajian ke universiti luar negara

 9A+ sudah cukup – Nazri

PADANG RENGAS 22 Mei – Kejayaan memperoleh keputusan 12A+ atau 13A+ bukan jaminan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipilih menyambung pengajian ke universiti di luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, beliau percaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat penilaian terbaik dalam memilih pelajar yang layak dan pemilihan juga dibuat hanya berdasarkan keputusan 9A+.

Katanya, syarat itu ditetapkan kerana ada sekolah yang tidak membenarkan pelajarnya mengambil lebih daripada sembilan mata pelajaran.

‘‘Ada ibu bapa yang datang berjumpa saya dan menyatakan anak mereka patut dipilih melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana mendapat kelulusan SPM 12A+ atau 13A+.

‘‘Tetapi saya menegaskan, walaupun pemilihan berdasarkan 9A+ sahaja, ini tidak bermakna pelajar yang mendapat 10A+ akan mendapat kelebihan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan netbook kepada 2,490 pelajar enam buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Padang Rengas yang bernilai RM1

juta, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas dakwaan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong kononnya JPA tidak mematuhi kriteria pemilihan pelajar ke luar negara kerana ada pelajar yang mendapat keputusan lebih baik daripada 9A+ tidak terpilih.

Menurut Mohammed Nazri, JPA cuma menawarkan sebanyak 300 tempat kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mereka yang tidak terpilih mempunyai peluang di tempat lain.

‘‘Bagaimanapun, JPA akan melihat semula jika ada berlaku kesilapan seperti yang dipertikaikan oleh Ka Siong.

‘‘Beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tidak sewajarnya membuat kenyataan akhbar menuduh JPA tidak adil dalam pemilihan pelajar ke luar negara. Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada JPA terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para pelajar yang menerima

netbook agar menggunakan kemudahan tersebut untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang pelajaran, bukan menyalahgunakan untuk menonton gambar atau filem lucah.

Semua pelajar berkenaan turut menerima modem jalur lebar dengan bayaran percuma sebulan dan bayaran RM25 sebulan berikutnya ditanggung oleh pelajar sendiri.

Sumber : Utusan.com.my ( 23/05/2011 )

Friday, May 27, 2011

Got to go video music and lyrics by Najwa Mahiaddin

Najwa Mahiaddin : "Got To Go"

This time I'm gonna live my life
I ain't no stepford wife
No I ain't perfect
Gonna find somebody who's worth it
And no you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend

So I guess I'll say goodbye
I'll find me another guy

Why (why why why)
You always makin' me
Cry (cry cry cry)
No I can't stand it
No you can't be my man
It don't matter who you are,
Even if you were a star
You've got to go
(Go go go go go go)

Read my lips I'm leavin'
And no no I ain't teasin'
This time it's for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain't stayin
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone


Tuesday, May 24, 2011

Permainan Kotak Beracun Menghiburkan

Permainan kotak beracun merupakan permainan yang kerap dibuat oleh kelompok pelajar-pelajar sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti. Permainan kotak beracun sungguh mudah dilaksanakan dan sangat menyeronokkan. Perkara yang perlu disediakan hanyalah sebuah kotak / botol, musik dan tentunya sekumpulan peserta.

Permainan kotak beracun ini boleh dimainkan dalam dua konsep berbeza iaitu konsep indoor dan outdoor. Jika menggunakan konsep indoor biasanya ia domainkan di dalam kelas atau dewan. Manakala konsep outdoor pula boleh dimainkan di kawasan terbuka seperti di tepi pantai, padang, gelanggang dan sebagainya.

Kelebihan jika permainan ini menggunakan konsep outdoor seperti dilakukan ditepi pantai, permainan ini boleh dibuat pada waktu malam. Pengendali program boleh menyediakan unggun api dan peserta akan mengelilingi unggun api tersebut. Pengalaman sebegini sangat sukar diperolehi dan sememangnya akan meninggalkan 1001 kenangan paling manis dalam hidup seseorang bersama rakan-rakan mereka. Anda perlu mencubanya (",).

Berikut merupakan kaedah penyediaan permainan kotak beracun.

- Konsep = Indoor (Dalam Dewan) / Outdoor (Kawasan Terbuka)
- Slot = Mengikut kesuaian program yang hendak dijalankan seperti cintai alam sekitar
- Peralatan = Kotak @ Botol @ Bola
Musik
Kertas untuk cabutan bertuah (dilipat @ digulung rapi)
- Anggota = Pelaksana, Peserta dan Pengawal Musik

- Kaedah Pelaksanaan
  1. Peserta perlu membuat bulatan lengkap (tidak boleh berlapis-lapis) dan pelaksana program berada ditengah-tengah.
  2. Salah seorang peserta memegang kotak/bola. Sebaik sahaja musik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan kotak/bola tersebut kepada peserta disebelahnya dan diteruskan sehingga musik berhenti.
  3. Peserta yang memegang kotak/bola akan mencabut kertas undian dalam kotak beracun.
  4. Peserta perlu membuat tugasan yang diberi dalam kertas undian yang diperolehinya.
- Objektif Program
  1. Memberi keyakinan kepada peserta berhadapan dengan rakan-rakan
  2. Menghilangkan rasa malu
  3. Membolehkan peserta berfikir secara kritikal menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.
  4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta
- Antara contoh-contoh denda permainan kotak beracun
  1. Anda dimina menari tarian hip hop bersama seorang rakan pilihan anda.
  2. Anggapkan diri anda seekor katak. Anda diminta menyanyikan lagu yang merdu seperti katak untuk memanggil hujan.
  3. Anda diminta menarikan mengikut irama musik dangdut yang akan dimainkan sambil bergelek sakan.
  4. Jika anda terpaksa pindah kelas, apakah perkara yang anda paling rindu pada rakan anda (berlainan jantina). Ungkapkan kata-kata anda tersebut dihadapannya.
  5. Anda diminta melakonkan watak orang utan yang tengah mengamuk disebabkan makanannya telah dicuri.
  6. Serahkan kotak beracun kepada salah seorang rakan anda. Anda boleh kembali ketempat asal anda, sebaliknya rakan anda yang akan mencabut undian misteri dalam kotak beracun tersebut.
  7. Anda diminta mendeklemasikan satu rangkap sajak kepaad guru kesayangan anda dengan penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
  8. Anda dikehendaki mencari 2 pasangan rakan anda yang mempunyai rupa seiras dan nyatakan apakah yang menyebabkan mereka seiras.
  9. Expresikan kemarahan anda bila kekasih ati anda dirampas rakan anda sendiri. Pilih seorang rakan untuk menjadi perampas kekasih anda tersebut.
  10. Anda diminta menyanyikan lagu yang dicipta oleh makluk asing daripada planet pluto bertajuk @#@!%^&@%$&??.
  11. Bayangkan anda adalah tarzan. Lakonkan watak tarzan yang tengah memanggil haiwan-haiwan lain untuk berkumpul.
  12. Bayangkan anda seekor rama-rama yang sedang terbang diudara sambil memberitahu rama-rama lain bahawa andalah rama-rama yang terhensem @ tercantik dikalangan rama-rama beserta lenggok badan.
  13. Anda merupakan seorang pemberita. Laporkan berita berkaitan parit yang tersumbat mengikut gaya Karam Singh Wali menyampaikan berita.
  14. Anda dikehendaki mencium dinding sambil mengungkapkan kata-kata berikut dengan penuh perasaan" I Love Youuu, I miss Youuu, Muah, Muaah, Muaaaaaah (",).

Monday, May 9, 2011

Temu duga pengambilan guru dihadiri lebih 5000 calon


SANDAKAN - Lebih 5,520 orang telah menghadiri temu duga terbuka bagi proses pengambilan guru bahagian pedalaman di tujuh pusat di seluruh negeri Sabah yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementeriannya amat komited untuk memenuhi kuota masing-masing iaitu sebanyak 30 peratus guru bagi Sabah dan Sarawak, bakinya 40 peratus lagi bagi Semenanjung Malaysia.

"Pendekatan kementerian ialah bagi memastikan penempatan guru-guru di kawasan pedalaman mesti dipilih daripada kalangan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Tambah Mohd. Puad, jumlah kehadiran itu amat memberangsangkan, malah terdapat juga pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut memohon.
Katanya, dalam temu duga itu, kementerian telah melonggarkan sedikit syarat minimum iaitu mana-mana calon yang hanya mendapat keputusan enam lulus dengan kepujian boleh diterima dengan syarat mereka lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

"Apa yang penting mereka merupakan anak tempatan dan berasal daripada keluarga miskin. Melalui proses ini, calon tidak lagi perlu membuat permohonan melalui Internet memandangkan kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada kemudahan itu.

"Dengan adanya temu duga terbuka ini, calon-calon berkenaan hanya perlu membawa sijil mereka untuk hadir temuduga," katanya.

Mohd. Puad menyaksikan sendiri proses temu duga di SMK Telupid yang dihadiri oleh 850 calon. Antara pusat lain ialah di SMK Kudat 2, Semporna, Pulau Banggi dan Nabawan.

Sumber : Utusan Malaysia ( 09 Mei 2011 )

Thursday, May 5, 2011

Makanan Untuk Kekal Awet Muda...

Semakin hari semakin banyak makanan yang dihasilkan.Tidak kira makanan tersebut diperolehi dari rumah, gerai makan, restoran, kedai makanan segera seperti KFC,McDonald,Pizza,Radix Fried Chicken dan sebagainya semuanya akan mempengaruhi kesihatan. Melalui pemakanan yang baik adalah kunci utama kekal sihat di usia tua dan boleh membuatkan diri awet muda.

Berikut merupakan antara makanan yang berkhasiat membuat diri kekal sihat dan awet muda:

Minyak Zaitun


Penyelidik dari Seven Coutries Study merumuskan melalui kajian yang dibuat bahawa lemak tak jenuh dengan rantai tunggal (monounsaturated) dalam minyak zaitun sangat bermanfaat untuk mengelakkan risiko penyakit jantung dan kanser di Kepulauan Crete, Yunani. Minyak zaitun mengandung folifenol, antioksidan kuat yang mampu mencegah penuaan.

Yogurt

Pada era 1970-an, wilayah Georgia dikatakan memiliki sejumlah penduduk yang kebanyakkannya berusia lebih dari 100 tahun keatas. Laporan pada ketika kejadian menyatakan bahawa salah satu rahsia  panjang umur disebabkan oleh pengambilan makanan yogurt.

Walaupun pengambilan yugurt belum terbukti secara langsung melambatkan penuaan dan panjang umur, namun melalui kajian yogurt adalah makanan kaya dengan kalsium yang mampu mencegah osteoporosis. Selain itu, yogurt juga mengandung bakteria baik yang mempertahankan kesihatan sistem pencernaan serta mengurangi risiko seseorang mengidap penyakit usus yang saling berhubung kait dengan usia.

Ikan

30 tahun yang lepas, para penyelidik mulai meneliti mengapa penduduk asli Alaska (inuit) tidak terkena penyakit jantung. Menurut penyelidik, ianya adalah disebabkan penduduk asli Alaska menjadikan ikan sebagai makanan harian. Ikan terbukti mengandungi banyak lemak omega-3, yang mampu membantu menurunkan tahap kolesterol, penyumbatan dalam pembuluh darah serta mencegah degupan jantung yang abnormal.

Coklat koko

Masyarakat Kuna di Kepulauan San Blas, Panama, tercatat mempunyai penduduk yang kebanyakkannya memiliki risiko mendapat penyakit jantung lebih rendah hingga sembilan kali ganda apabila di bandingkan dengan penduduk lainnya yang tinggal di Panama. Sebabnya? Warga Kuna rajin sekali meminum coklat koko yang kaya flavanols, antioksidan yang dapat membantu memlancar peredaran darah. Menjaga kesihatan pembuluh darah berarti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes tipe 2, penyakit ginjal dan demensia.

Kacang

Penyelidikan yang dilakukan kelompok Seventh-Day Adventists (aliran Kristian yang menerapkan gaya hidup sihat dan diet vegetarian) menunjukkan bahawa seseorang yang memakan kacang rata-ratanya memiliki umur panjang dua setengah tahun. Kacang dikenalpasti kaya dengan lemak tidak jenuh, sehingga makanan ini menawarkan manfaat serupa dengan minyak zaitun. Kacang juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan zat phytochemical termasuk antioksidan.


Blueberry

Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada tahun 1999, penyelidik dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center telah memberikan ekstrak blueberry pada tikus. Pemberian ekstrak ini diberikan selama beberapa waktu, dianggarkan kehidupan tikus yang setara dengan 10 tahun kehidupan manusia.

Tikus yang diberi ekstrak blueberry ini menunjukkan keunggulannya ketimbang tikus biasa apabila diuji keseimbangan dan koordinasi ketika ianya mencapai usia lanjut. Kandungan dalam blueberry (dan berry lainnya) dikatakan dapat mengurangkan peradangan (inflamasi) dan kerusahan bersifat oksidatif, dimana ianya berhubungan dengan penurunan daya ingat pada usia lanjut.

Monday, May 2, 2011

Tarian Terbaik by Baby Cute



Persembahan tarian terbaik dari baby cute dalam rancangan star king. Baru berusia 2 tahun. Pasti anda terhibur..

Antara komen yang diberikan oleh penonton :
OMG! This baby is so adorable that I'm practically crying from laughing so hard!!
Aaawww..he's so adorable!!!!

Jangan Berputus Asa


Umum tahu, setiap manusia inginkan kesempurnaan dalam kehidupan mereka. Namun, terdapat juga manusia yang memiliki kekurangan. Tetapi, adakah mereka tahu bahawa setiap apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah sesuatu ketentuan yang telah dirancang khas untuk diri mereka sendiri.

Pengalaman hidup biasanya akan mengajar kita erti kehidupan sebenar. Ada waktunya seseorang itu dipandang tinggi, hebat, perfect oleh mata-mata yang memandang, namun ada waktunya seseorang itu dicemuh, tidak diyakini dan dipandang serong oleh sesuatu komuniti. Hidup ini seperti RODA yang sentiasa berputar. Adakalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Walaupun begitu hidup tetap diteruskan. Segala pahit manis ditempuhi sehingga keakhir hayat.

Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada kegagalan yang dialami merupakan kegagalan serius ataupun tidak. Walaupun begitu, sebenarnya semua kegagalan yang dihadapi mempunyai hikmah atau sebab tersendiri. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Sebenarnya, kegagalan yang di tempuhi itu menjadi batu loncatan kepada seseorang individu untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup yang sangat di idam-idamkan. Kegagalan juga merupakan perangsang bagi semangat juang seseorang menempuhi suatu kehidupan baru yang nyata memberi peringatan dan pelajaran sebaiknya kepada setiap tingkah laku, perbuatan, dan percakapan seharian seseorang individu terbabit.

Jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap individu mempunyai tujuan hidup yang berbeza-beza. Semuanya akan melalui kehidupan sesuai dengan kemampuannya.

Jangan berputus asa dalam menghadapi sebarang cubaan. Hadapi segalanya walaupun ianya sukar dan yakinlah bahawa suatu saat anda akan mengecapi keindahan dalam kehidupan pada waktu yang sesuai.
 Jangan berputus asa terhadap kesulitan yang dihadapi. Ketahuilah, disebalik kesulitan itu pasti ada kebaikan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger