Monday, May 2, 2011

Jangan Berputus Asa


Umum tahu, setiap manusia inginkan kesempurnaan dalam kehidupan mereka. Namun, terdapat juga manusia yang memiliki kekurangan. Tetapi, adakah mereka tahu bahawa setiap apa yang terjadi di atas muka bumi ini adalah sesuatu ketentuan yang telah dirancang khas untuk diri mereka sendiri.

Pengalaman hidup biasanya akan mengajar kita erti kehidupan sebenar. Ada waktunya seseorang itu dipandang tinggi, hebat, perfect oleh mata-mata yang memandang, namun ada waktunya seseorang itu dicemuh, tidak diyakini dan dipandang serong oleh sesuatu komuniti. Hidup ini seperti RODA yang sentiasa berputar. Adakalanya kita berada diatas dan ada kalanya kita berada dibawah. Walaupun begitu hidup tetap diteruskan. Segala pahit manis ditempuhi sehingga keakhir hayat.

Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan. Tidak kira sama ada kegagalan yang dialami merupakan kegagalan serius ataupun tidak. Walaupun begitu, sebenarnya semua kegagalan yang dihadapi mempunyai hikmah atau sebab tersendiri. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Sebenarnya, kegagalan yang di tempuhi itu menjadi batu loncatan kepada seseorang individu untuk terus berusaha mencapai matlamat hidup yang sangat di idam-idamkan. Kegagalan juga merupakan perangsang bagi semangat juang seseorang menempuhi suatu kehidupan baru yang nyata memberi peringatan dan pelajaran sebaiknya kepada setiap tingkah laku, perbuatan, dan percakapan seharian seseorang individu terbabit.

Jangan membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Setiap individu mempunyai tujuan hidup yang berbeza-beza. Semuanya akan melalui kehidupan sesuai dengan kemampuannya.

Jangan berputus asa dalam menghadapi sebarang cubaan. Hadapi segalanya walaupun ianya sukar dan yakinlah bahawa suatu saat anda akan mengecapi keindahan dalam kehidupan pada waktu yang sesuai.
 Jangan berputus asa terhadap kesulitan yang dihadapi. Ketahuilah, disebalik kesulitan itu pasti ada kebaikan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger