Remove Searchqu.com web search
Adakah anda mengalami kesukaran melayari internet disebabkan oleh web search / browser searchqu? Kenapa searchqu dianggap web search yang mengganggu pengguna internet?
Jawapannya mudah sahaja, kerana web search searchqu tidak mesra pengguna. Terlalu banyak carian pengguna internet yang tidak dapat dicari oleh web search searchqu. Web search searchqu juga sangat menggangu pengguna internet kerana walaupun homepage pada option browser ditukar berulang kali kepada url seperti google.com, yahoo.com, msn.com, bing.com dan sebagainya, apabila browser direstart semula homepage bagi browser tersebut akan kembali ke url searchqu.com. Apabila berlaku situasi seperti ini, anda akan rasa ianya seperti spyware yang sedang bermaharaja lela didalam komputer anda. Memang sangat mengecewakan.
Sebenarnya banyak cara untuk delete web search searchqu, cuma saya lebih selesa menggunakan cara penyelesaian yang mudah untuk membuang atau delete web search searchqu seperti :
Menggunakan perisian "Trend Micro HijackThis" untuk delete searchqu ataupun...
Secara manual iaitu tanpa perlu mendownload sebarang perisian yang boleh memberi kesan sampingan pada komputer anda. Langkahnya mudah sahaja...
Pergi ke My Computer, buka local disk c > program files > Windows Searchqu Toolbar > Uninstall. Kemudian pergi ke progam files semula, buka Windows_SaveVid_Toolbar > Uninstall.
Semoga anda dapat melayari internet dengan mudah dan lebih cepat tanpa ada gangguan dari web search searchqu.
0 comments:
Post a Comment