Tuesday, May 24, 2011

Permainan Kotak Beracun Menghiburkan

Permainan kotak beracun merupakan permainan yang kerap dibuat oleh kelompok pelajar-pelajar sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti. Permainan kotak beracun sungguh mudah dilaksanakan dan sangat menyeronokkan. Perkara yang perlu disediakan hanyalah sebuah kotak / botol, musik dan tentunya sekumpulan peserta.

Permainan kotak beracun ini boleh dimainkan dalam dua konsep berbeza iaitu konsep indoor dan outdoor. Jika menggunakan konsep indoor biasanya ia domainkan di dalam kelas atau dewan. Manakala konsep outdoor pula boleh dimainkan di kawasan terbuka seperti di tepi pantai, padang, gelanggang dan sebagainya.

Kelebihan jika permainan ini menggunakan konsep outdoor seperti dilakukan ditepi pantai, permainan ini boleh dibuat pada waktu malam. Pengendali program boleh menyediakan unggun api dan peserta akan mengelilingi unggun api tersebut. Pengalaman sebegini sangat sukar diperolehi dan sememangnya akan meninggalkan 1001 kenangan paling manis dalam hidup seseorang bersama rakan-rakan mereka. Anda perlu mencubanya (",).

Berikut merupakan kaedah penyediaan permainan kotak beracun.

- Konsep = Indoor (Dalam Dewan) / Outdoor (Kawasan Terbuka)
- Slot = Mengikut kesuaian program yang hendak dijalankan seperti cintai alam sekitar
- Peralatan = Kotak @ Botol @ Bola
Musik
Kertas untuk cabutan bertuah (dilipat @ digulung rapi)
- Anggota = Pelaksana, Peserta dan Pengawal Musik

- Kaedah Pelaksanaan

  1. Peserta perlu membuat bulatan lengkap (tidak boleh berlapis-lapis) dan pelaksana program berada ditengah-tengah.
  2. Salah seorang peserta memegang kotak/bola. Sebaik sahaja musik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan kotak/bola tersebut kepada peserta disebelahnya dan diteruskan sehingga musik berhenti.
  3. Peserta yang memegang kotak/bola akan mencabut kertas undian dalam kotak beracun.
  4. Peserta perlu membuat tugasan yang diberi dalam kertas undian yang diperolehinya.
- Objektif Program
  1. Memberi keyakinan kepada peserta berhadapan dengan rakan-rakan
  2. Menghilangkan rasa malu
  3. Membolehkan peserta berfikir secara kritikal menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.
  4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta
- Antara contoh-contoh denda permainan kotak beracun
  1. Anda dimina menari tarian hip hop bersama seorang rakan pilihan anda.
  2. Anggapkan diri anda seekor katak. Anda diminta menyanyikan lagu yang merdu seperti katak untuk memanggil hujan.
  3. Anda diminta menarikan mengikut irama musik dangdut yang akan dimainkan sambil bergelek sakan.
  4. Jika anda terpaksa pindah kelas, apakah perkara yang anda paling rindu pada rakan anda (berlainan jantina). Ungkapkan kata-kata anda tersebut dihadapannya.
  5. Anda diminta melakonkan watak orang utan yang tengah mengamuk disebabkan makanannya telah dicuri.
  6. Serahkan kotak beracun kepada salah seorang rakan anda. Anda boleh kembali ketempat asal anda, sebaliknya rakan anda yang akan mencabut undian misteri dalam kotak beracun tersebut.
  7. Anda diminta mendeklemasikan satu rangkap sajak kepaad guru kesayangan anda dengan penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
  8. Anda dikehendaki mencari 2 pasangan rakan anda yang mempunyai rupa seiras dan nyatakan apakah yang menyebabkan mereka seiras.
  9. Expresikan kemarahan anda bila kekasih ati anda dirampas rakan anda sendiri. Pilih seorang rakan untuk menjadi perampas kekasih anda tersebut.
  10. Anda diminta menyanyikan lagu yang dicipta oleh makluk asing daripada planet pluto bertajuk @#@!%^&@%$&??.
  11. Bayangkan anda adalah tarzan. Lakonkan watak tarzan yang tengah memanggil haiwan-haiwan lain untuk berkumpul.
  12. Bayangkan anda seekor rama-rama yang sedang terbang diudara sambil memberitahu rama-rama lain bahawa andalah rama-rama yang terhensem @ tercantik dikalangan rama-rama beserta lenggok badan.
  13. Anda merupakan seorang pemberita. Laporkan berita berkaitan parit yang tersumbat mengikut gaya Karam Singh Wali menyampaikan berita.
  14. Anda dikehendaki mencium dinding sambil mengungkapkan kata-kata berikut dengan penuh perasaan" I Love Youuu, I miss Youuu, Muah, Muaah, Muaaaaaah (",).

9 comments:

the1 said...

Banyak lagi denda kotak beracun yang menarik.. Kalau anda ada idea denda untuk kotak beracun ni, kongsi la kt ruangan komen ni (",)

Anonymous said...

Banyak lagi permainan yang menarik dan agak "berfaedah" daripada kotak beracun ni. mmg nampak macam menghiburkan tapi yg terkena dan dikehendaki buat perkara yang pelik2 kadang kala terasa macam membodohkan dan memalukan diri sendiri. bygkan kalau yg kena tu kebetulan pesertanya bertudung labuh dan sopan, kalau disuruh buat aksi yg bukan2 mcm lompat katak, bunyi tarzan tu tak ubah seperti memperbodohkan dan memalukan diri sendiri.

Miao said...

Banyak lagi permainan yang menarik dan agak "berfaedah" daripada kotak beracun ni. mmg nampak macam menghiburkan tapi yg terkena dan dikehendaki buat perkara yang pelik2 kadang kala terasa macam membodohkan dan memalukan diri sendiri. bygkan kalau yg kena tu kebetulan pesertanya bertudung labuh dan sopan, kalau disuruh buat aksi yg bukan2 mcm lompat katak, bunyi tarzan tu tak ubah seperti memperbodohkan dan memalukan diri sendiri.

Anonymous said...

okay je game ni. Think positif laaa.

Anonymous said...

saya selalu lakukan aktiviti ni dengan student..denda atau hukuman kita boleh seimbangkan...atau ikut umur dan keadaan student...kaedah ni best...malahan student saya suka aktiviti ni...malahan saya dapa mengelakkan student saya menjadi student y pasif dengan melakukan aktiviti mcm ni

Anonymous said...

Ok je klu buat dlm kelompok student belasan tahun.. Tp bila bt dlm kelompok mak2 org yg dh ada ank2, kena seimbangkn idea kpd yg lebih membeei mnfaat dn bersifat santai brbanding menari atau bt aksi2 atau bunyi2 bntang. Atau klu blh elakkan bt pd kelompok yg agk berumur.

Anonymous said...

X pyh main... Ishh

Anonymous said...

Patut nya tugasan yg berfaedah jer.. yg wat soalan yg tak bijak

Ctsha said...

denda sesuaikan dgn keadaan..kalau subjek bm buat yg berkaitan bm- mengeja contohnya

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger