Phishing merupakan jenayah siber yang sangat khusus direka bentuk untuk mengaburi pengguna sehingga secara tidak sengaja telah mendedahkan butir-butir peribadi kewangan anda.
Penjenayah siber akan mewujudkan laman web palsu yang kelihatan seperti laman web bank (atau mana-mana laman web lain yang melakukan transaksi kewangan secara dalam talian (online) contohnya seperti laman eBay, lelong, mudah dan sebagainya.
Penjenayah siber kemudiannya cuba menipu anda untuk melawat laman web palsu ini seterusnya mendapatkan data sulit anda, seperti login, kata laluan atau nombor PIN. Biasanya, penjenayah siber menghantar sebilangan besar e-mel yang mengandungi link atau pautan ke laman web palsu.
Tuesday, January 17, 2012
Apakah Phishing
Posted by ScriBe on 11:09 PM
0 comments:
Post a Comment